Sunday, 7 August 2011

Impak ‘Politik’ Kampus

IPTA dan IPTS disarankan minimumkan kadar politik di kampus bagi menghasilkan siswa/siswi bermutu tinggi.

Tatkala  tanah air Malaysia dilanda kemelut politik setempat, impak politik juga turut memberi kesan kepada lapisan masyarakat lain terutamanya golongan pelajar IPTA dan IPTS. Jika menurut definisi Kamus, Politik didefinasikan sebagai proses serta cara membuat keputusan dalam sesuatu keadaan.

Berada di taraf kampus pelajaran tinggi seperti di IPTA dan IPTS, definisi politik sukar dirumuskan tatkala minda anak-anak muda yg mudah terpengaruh jika kuasa politik ini disalah gunakan pihak tidak bertanggung jawab.

Dengan gesaan Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Najib Razak supaya politik dikampus diminimumkan agar objektif sebenar sesebuah pusat pengajian tinggi merangkumi awam mahupun swasta dapat digapai dengan cemerlang iaitu menghasilkan para graduan bermutu tinggi , produktif, inovatif dan bersedia menghadapi cabaran dunia sebenar.

Datuk Seri Najib juga turut menekankan penglibatan golongan ahli akademik seperti tenaga pengajar di kolej pengajian tinggi supaya tidak memesongkan minda pelajar dengan mempraktikkan politik dalaman hingga menimbulkan masalah dalam kampus.

Pelajar di tahap pengajian tinggi seharusnya diberikan pendedahan sedikit sebanyak tentang situasi sebenar industri agar tidak mudah hanyut diarus ombak industri kelak menjelang masa hadapan. Sebagai contoh, terdapat tenaga pengajar di institut pengajian tinggi yang mengamalkan konsep ‘Kronism’ di kalangan pelajar mahupun pengajar. Masalah seperti ini tidak seharusnya timbul kerana ini melatih golongan muda supaya terjun sama ke lembah politik kotor sepertimana yang kini hangat diperkatakan dia Malaysia.

Pelajar-pelajar seharusnya dipersiapkan dengan ilmu serta pengalaman yang cukup bagi menghadapi masa hadapan yang tidak menjanjikan sekiranya pelajar institut pengajian tinggi dididik di dalam kelompok ‘Kronism’. Kemungkinan pelajar-pelajar cemerlang sebagai seorang mahasiswa/siswi ketika di persekitaran sebagai seorang pelajar. Tetapi, persoalannya adakah mampu mereka selamat dari keadaan sebenar industri pekerjaan. Jika perkara sedemikian berterusan, hasrat Malaysia menggapai matlamat WAWASAN 2020 kemungkinan terkubur akibat kekurangan mahasiswa/siswi tidak berkualiti serta turut mengancam keselamatan dan keharmonian Malaysia kerana anak muda diklasifikasikan sebagai peneraju masa akan datang. Ibarat kata pepatah, “jika hendak melentur buluh, biarlah dari rebungya,”

Oleh: Athirah Nabilah

No comments: